Thursday 18 September 2008

Buat Renungan

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-
hati. Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat .....

5 comments:

Unknown said...

Nice posting! perkongsian yang bagus

Rohani said...

macam ni..lah bagus ada pengisian. Tak ada usrah ke? Cuba2 buat bersama dengan yang lain dan cari naqibah sebagai pembimbing.beramal dan mencari ilmu tanpa guru dan kitab bahaya.Gunalah masa x bekerja ni..mencari ilmu fardu ain sebaik mungkin..sebab takut amlan yang dibuat akhirnya menjadi debu2 berterbangan...baru balik buka rumah mok.Tolong masak ke mok..durian best..

yannfuad said...

masyaAllah...selama ni main bacer jer..

cik aa said...

ummi wafa ,thanks

kak cik,insyaallah....

yann,sama2 lah kita saling beringat..

Rohani said...

Assalamualaikum..din g umrah ke? tolong doakan angah dapat 5A dan dapat sek sama dengan along..dan jadi anak yang solehah.