Wednesday 22 October 2008

Dalam kenangan..

Kalau aku ada kuasa untuk hentikan masa sebentar dapat aku tatap wajah ibu mertuaku tapi apakan daya sudah tertulis yang kami tak ada rezeki untuk berjumpa dengan mak buat kali terakhir...moga2 roh mak dicucuri rahmat,amiiin..
Baru pagi tadi aku dapat sms dari kampung tentang pemergian ibu mertuaku..sungguh cepat mak pergi,tak sempat anak menantu dan cucu2 mak ni nak kucup mak buat kali terakhir..Insyaalah kami sampai ke pusara mak esok..Ntah apa lagi aku nak tulis ni,sedih sesangat..Buat arwah mak tersayang,terima kasih banyak2 atas tunjuk ajar..
You are very special,luv u so much..al-Fatihah.

Tuesday 21 October 2008

Open House Raya

Alhamdulillah mlm tadi aku & za (jiran sebelah/wife wan azmi) wat open house..Walaupun letih dgn anak kecik yg tak berapa sihat tapi seronok bila dapat berkumpul bersama2 orang2 malaysia..Nasib baik ada jiran sebelah bolehlah share masak2 & umah.Dipendekkan citer tgok la gambar2 ni..

Saturday 18 October 2008

Majlis AidilFitri di Dolphin Beach Resort Yanbu

Pada 16 & 17 okt telah diadakan majlis aidilfitri di Dolphin Beach Resort.Kira program ni 2 in 1 la coz lebih kurang sekali famili day.Walaupun program ini hanya 2 hari 1 malam namun suasananya kira meriah.Antara program yg dilaksanakan ialah sukaneka & volleyball,acara mandi manda,BBQ dinner,boatride,kem ibadah dan solat berjemaah..Selain itu sapa2 yg nk snorkling pun boleh tp yg ni tak ada dlm pakej so byr sendiri.Anak2 apa lagi lama benor tak jumpa swimming pool so ambik lah peluang ni mandi sepuas2nya..Tapi aku terpaksa balik awal skit sebab anak (affi)demam..kesian plak.

Tuesday 14 October 2008

Buat Renungan

Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita...

2.Apabila bertemu dengan orang tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat..

3.Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui..

4. Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya..

5.Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan lah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosanya akan diampuni Allah..

renungkanlah...

Sunday 12 October 2008

PMR KINI TIBA

Di kesempatan ini,aku ingin mengucapkan SELAMAT MENGHADAPI PMR (13 hingga 17 okt) buat semua pelajar tingkatan 3 seluruh Malaysia.Dan teristimewa buat anak2 didikku yang berada di SMK Kampung Nyiur Paka.Cikgu sentiasa mendoakan kejayaan buat anda semua.Buat sehabis baik dan semoga anda semua memperolehi kejayaan..insyaallah.
Buktikan yang anda semua BOLEH.

Tuesday 7 October 2008

Little Angel

Dalam kul 5 petang tadi kami(famili En. Zainudin & En. Leman)ke sekolah tadika 'Little Angle'.Plan awal nk survey2 dulu tapi tadi terus kami register..Tengok enviroment dia okay je.So ari Sabtu ni Ainna & Nadzmin start sekolah.Diorang belajar sesi petang kul 2 hingga 5 petang.
Bukan main seronok budak2 ni nak sekolah maklumlah dah 2 bulan duk lepak kat umah.Tambah plak tadi tengok mainan banyak.Cikgu2 yang akan mengajar mereka ialah Pn. Karima Malakai dan Pn.Halal.Diaorang pun nampak okay..
Ni beberapa gambar yang sempat aku ambik tadi.Ye la,lepas ni susah plak nak ambik.

Bungkusan Dah Sampai


Lebih kurang seminggu,bungkusan yg dikirim dr Malaysia dah sampai.Terima Kasih banyak2 utk Atiey & kak nun yg tolong cari brg2 n pos..Lain kali tolong lagi ye!Antara brg2 yg dikirim seperti dalam gambar ni la.


Tapi yg paling special sekali 'lepok durian'yg mak aku buat..mlm td dah habis satu bungkus,tinggal lagi satu bungkus...rindu betul nk makan.Biskut raya ada gak dlm 2 bekas tapi yang satu tu separuh dah hancur,tak pe la...janji masih boleh dimakan.

Sunday 5 October 2008

Buat Renungan

Puasa enam hari dalam bulan Syawal

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

Dapat kad raya

Ari ni sukanyer aku rasa coz dapat kad raya.Maklumlah duk jauh2 ni mane ade aku nampak kad raya kad sini.Terima kasih banyak2 along (afina) & keluarga susah payah anto kad raya ke cik aa sekeluarga di sini.Tengok pada tarikh kat sampul tu 14 sept,maknanye 2 minggu lebih gak nak sampai..lain kali anto lagi ye!Pasal duit raya tahun depan la cik aa bagi double kire qada' tahun ni punye..sabo ye.nak duit arab pun boleh....




Friday 3 October 2008

My 6th anniversary

Pejam celik pejam celik ari ni dah 6 tahun aku kahwin.Alhamdulillah rezeki Allah bagi dikurniakan 3 anak yang comel2.Kalau ada rezeki plan balik malaysia nak tambah 2 lagi,..baru meriah..insyaallah.Seperti tahun2 lepas aku akan bagi hadiah pada hubby dan sebaliknya tapi tahun ni nak wat camaner duk kat Arab tak boleh bawak2 kete,tambah plak gaji aku pun hubby yg bagi(dah buat perjanjian sebelum cuti kerja..he2).So ari ni aku just masak nasi minyak n gulai ayam utk mkn sekeluarga..boleh la...
Harapan aku agar perkahwinan kami terus mekar dengan kasih sayang dan sentiasa dilindungi & dirahmati Allah.Moga2 selepas ini rezeki kami semakin bertambah.Amiin..
For my lovely hubby,terima kasih banyak2 atas special present dan segala2nya & terimalah cik aa seadanya..