Saturday 29 November 2008

Hikmah & Fadhilat Qurban

1. Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.

2. Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah
s.w.t.

3. Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu
berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.

4. Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.

5. Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

Friday 21 November 2008

Berkelah di Pantai Ummlujj

Semalam 20 Nov,kami bertolak sekitar kul 1.45 petang.Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih.Bersama2 kami turut serta adalah famili En.Zuraili,En.Ahadin,Hj Rohaizat dan Hj. Ghaz...
Masing2 siap membawa bekal,walaupun ni kira last minute plan,makanan yg di bawa kira banyak la..Antaranya nasi ayam dan puding buih(aku bawak),nasi lemak,meeehoon goreng,nasi putih & kari telur & budu & petai,nasi mandi,kek marble keju,kek gula hangus,laksa johor,air dan mcm2 lagi..memang kenyang sesgt..




Budak2 pun seronok main2 air,memancing ikan dan main bot...
Kami bertolak pulang selepas waktu maghrib...Seronok,lain kali kita pegi lagi.
Memandangkan hari ini adalah birthday Nadzmin,tak sempat nak beli kek sebelum ke pantai so on the way balik umah kami singgah kat HyperPanda beli kek utk Nadzmin.Sampai kat umah sempat la ambik gambar potong kek Nadzmin..Ni birthaday Nadzmin yang ke 4..

Saturday 15 November 2008

Buat Renungan

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Wednesday 12 November 2008

Cuti sekolah bermula...

Esok cuti sekolah bermula bagi sekolah2 di negeri pantai timur..mesti seronok pelajar2 dan cikgu2 sekali..Tiba2 teringat plak time ni kalau ada kat Malaysia mesti duk sibuk mengemas barang2 kat sekolah maklumlah nak cuti panjang.Yang mana bilik guru kat tingkat atas boleh la tahan sikit tapi kalu bilik guru duk tingkat bawah memang kena 2x kemas sebab takut banjir..dan seperti rutin setiap tahun last day la ari paling sibuk dengan isi borang serah tugas dan lengkapkan borang prestasi tahunan.Ke hulu ke hilir cari PK1,PK2,PK3....dan pengetua utk mintak tandatangan borang..Tu kalau sekolah besar dan pihak pengurusan yang tak berapa mesra,he2..tapi kalau kat sekolah aku pihak pengurusannya sgt la baik dan very sporting..kerja tetap kerja tapi sikap mereka yg menganggap kami cikgu2 macam kawan2 rasa seronok...
Dan seperti tahun2 sebelum ni,walaupun cuti sekolah bermula aku masih lagi sibuk dgn membuat part time jadi pemeriksa paper maths PMR..pejam celik dah 3 tahun aku wat keje ni..sebenarnya bukan duit yg aku rebut sgt tapi pengalaman yg cukup berharga tu aku rasa menyebabkan aku ambik peluang ni.Sbb bila kita dah jadi pemeriksa,kita lebih tahu apa yg perlu dan kurang perlu utk diajar...tu citer dulu2 la...tahun ni aku jadi pemeriksa buku2 sekolah anak2 aku la plak..he2..

Monday 10 November 2008

Basikal..

2 ari lepas kami ke Balad untuk membeli basikal anak2.Lepas aje balik Malaysia ari tu,Nadzmin asyik mintak belikan basikal untuknya.Aku rasa sebab balik Malaysia ari tu dia ada naik basikal(aku telah bagi pada sepupunya).Masa tu dia ada tanya basikal tu dia yang punya,ingat lagi rupanye..Lebih kurang 3 bulan dah dia tak main2 basikal,rindu agaknya...
Bukan tak nak beli tapi kat umah aku ni tak ada halaman so diaorang main la kat dalam umah je..kesian plak.Dah beli basikal,kena la beli sorang satu nanti gaduh plak 3 beradik tu.Kat sini harga basikal kira ok la,lebih kurang kat Malaysia.





Friday 7 November 2008

Ziarah Madinah di Bulan Haji

Semalam aku bersama keluarga berpeluang lagi ke Madinah.Ini merupakan kali ke 3 aku ke Madinah.Kami bertolak sekitar kul 8 pagi.Perjalanan mengambil masa tidak sampai 2 jam.Seperti biasa tempat pertama yang kami kunjungi ialah Masjid Nabawi.Kali ini kelihatan para jemaah haji sudah sampai.Bila dapat jumpa jemaah dari Malaysia rasa seronok walaupun tak kenal mereka.
Kami berkesempatan menunaikan solat zohor di sini.Dan buat kali pertama aku dapat masuk ke Raudhah.Alhamdulillah...
Punya la ramai orang nak masuk kat dalam,penuh satu raudhah.Nak bergerak pun susah.Mungkin bertembung ngan musim haji kot.Ni ramai lagi jemaah haji belum sampai.
Kemudian aku sempat membeli sehelai abaya.Sebelum balik kami singgah di kedai makanan indonesia membeli sedikit keperluan dapur.Lebih kurang pukul 6 petang kami sampai umah.




Sunday 2 November 2008

Seminggu di Malaysia

Lebih kurang kul 11 malam Sabtu,aku selamat sampai di umah Yanbu.Letih perjalanan yang jauh.Balik kali ni aku try naik flight Saudi Airlines.Kalau nak dibandingkan lagi best naik flight MAS.
Seminggu kat Malaysia rasa sekejap tapi alhamdulillah at least dpt lepas rindu pada keluarga dan sanak saudara.Cuma kesian kat anak2 buah balik time ni tak ada ole2 dr arab sgt,just beli air zam zam n biskut berintikan kurma sikit.Ye la ari tu aku balik emergency so memang tak sempat nak shopping.Lain kali la ye cik aa bawak balik ole2 banyak2 gitu..
Walaupun tak sempat jumpa ngan arwah,aku dapat gak tgok video yg dirakam oleh abang iparku hari2 terakhir arwah.Sedih tgok,rasa mcm arwah masih hidup lagi..
Selama seminggu sempat 2 mlm tahlil di rumah mertuaku dan 1 malam tahlil di umah abg iparku.
Memandangkan masih lagi di bulan Syawal sempat lagi kami memenuhi beberapa jemputan raya.Terima kasih pada semua.
Dan seronok gak dapat merasa hujan,ye la kat sini mana nak jumpa hujan.
Hampir 3 bulan aku tinggalkan Malaysia,rasa sama je tak ada sgt perubahan especially kat Paka..maklum la baru 3 bulan bukan 3 tahun..sempat gak aku singgah kat Mesra Mall,Kemasik.
Yang berubahnya baru 3 bulan tak pegang stereng kete,aku dah kekok.Sepanjang seminggu tu aku rasa tak sampai setengah jam aku bawak kete..sebab aku rasa kekok.Tu baru 3 bulan,kalau 3 tahun camaner ek? Nampak gaya nanti lepas 3 tahun aku kena belajar bawak kete sebulan sebelum keje..
Ari Selasa aku sempat ke sekolah jap jumpa member2 & pelajar2..Kebanyakan mereka kata aku nampak kurus sikit(skit je la)..kalau betul alhamdulillah..
Alang2 dapat balik Malaysia kali ini dapatlah aku membawa stok2 makanan yg tak ada kat sini.Yang ada pun aku bawak.Dengan 4 beg dan 3 kotak aku sumbat je ape2 yg aku rasa perlu termasuk kiriman dari rakan2 di Yanbu.Nasib baik budu,kicap,sos cili tak pecah..kalau tak semerbak bau satu kapal terbang.
Pikir2 seronok gak duk jauh2 bila balik bercuti..walaupun letih tapi seronok...