Friday 7 November 2008

Ziarah Madinah di Bulan Haji

Semalam aku bersama keluarga berpeluang lagi ke Madinah.Ini merupakan kali ke 3 aku ke Madinah.Kami bertolak sekitar kul 8 pagi.Perjalanan mengambil masa tidak sampai 2 jam.Seperti biasa tempat pertama yang kami kunjungi ialah Masjid Nabawi.Kali ini kelihatan para jemaah haji sudah sampai.Bila dapat jumpa jemaah dari Malaysia rasa seronok walaupun tak kenal mereka.
Kami berkesempatan menunaikan solat zohor di sini.Dan buat kali pertama aku dapat masuk ke Raudhah.Alhamdulillah...
Punya la ramai orang nak masuk kat dalam,penuh satu raudhah.Nak bergerak pun susah.Mungkin bertembung ngan musim haji kot.Ni ramai lagi jemaah haji belum sampai.
Kemudian aku sempat membeli sehelai abaya.Sebelum balik kami singgah di kedai makanan indonesia membeli sedikit keperluan dapur.Lebih kurang pukul 6 petang kami sampai umah.




3 comments:

REENAZ said...

Anak akak ada terperasan Nor dgn Aina nak masuk Raudhah kat Masjid Nabawi. Kami duduk kat belakang sbb masuk kan kena separuh2. Overnite ke? Akak balik pas Isyak pas jumpa dgn Pak Long akak...

Razib said...

Tu baru lebih kurang seminggu jemaah masuk untuk haji. Kalau time peak sjud pun boleh jadi sujud kat atas kaki jemaah lain saf boleh jadi ketat macam sardin , lambat ada ruang kosong walau seinci pun akan ada orang masuk , memang seronok sangat solat kat raudhah time2 gini dan inilah feel dan indahnya nak buat ibadat haji , tambahan lagi nabi pernah menyebut bahawa raudhah adalah stu dari taman2 syurga.

Nak feel lebih lagi pergilah kat mekah seminggu sebelum wukuf , lewat skit nak masuk masjid pun tak dapat , masa nilah kita rasa kita ni kerdil dan terlalu lemah , hina dan fakir sangat2 jika dibandingkan dengan kekuatan , kekayaan dan ilmu allah taala.

Lain kali kalau berkunjung lagi ke madinah harap dapat kirim salam pada nai (assalamualaikum ya rasulullah) dar abang , kakcik dan anak2 serta doakan kami sekeluarga dapat berkunjung lagi disuatu masa yang lain.

Barang2 pasti dah mula naik harga, nilah cara pak arab yang meniaga tak ikut cara nabi walaupun jasad baginda bersemadi disana , bila demand tinggi terus dia up harga gila2.

Sorry komen pjg skit , sebab teruja sangat dengan cerita orng ramai pada musim haji ni sebab masa nilah kita boleh jumpa semua jenis bangsa didunia tak yah nak gi kat negara diaorang best ngat kalau borak2 dan tanya keadaan tempat diorang espc tempat2 yang mustakbirin amerika serang tu.

Satu lagi nak pesan harap din dan nosiah hati2 skit dgn wahabi sepanjang kat sana tuuu...

cik aa said...

kak ina,kami balik terus ptg tu.tp tak puas lagi masuk raudhah,moga2 lain kali ada rezeki bolah masuk lagi dlm keadaan org tak ramai.

abg razib,tq atas peringatan n nasihat.betul memang seronok kat mekah ni.insyaalah salam abg n keluarga akan saya sampaikan nanti.insyallah abg sekeluarga dpt berkunjung lagi kat sini.
brg2 memang naik la sama dgn masa bulan ramadhan.org kata lagi ramai org pd 10 mlm terakhir ramadhan compare musim haji..allahualam sbb saya tak tgok lagi musim haji..dah tgok sendiri br bleh citer
akhir kata,doakan kami dpt haji mabrur nanti..amin.