Tuesday 30 December 2008

Result PMR Dah Kuar...

Dari malam tadi excited benar aku nk tau pasal result PMR yg diumumkan ari ni..maklumlah sekolah aku ni kira first batch yg ambik PMR.Walaupun aku dah tinggal SMKKN sejak bulan Ogos lalu tapi aku rasa rindu sangat2 kat kengkawan dan adik2 pelajar.Alhamdulillah bila dapat tau result pagi tadi(kul 6 pg waktu sini,aku call cg Anna),rasa gembira dan terharu..rasanyer lagi seronok kalau dapat bersama2 kat sekolah ari ni..
Walaupun tak ada yg dapat 8A,aku rasa dari segi keseluruhannya agak membanggakan cikgu2.Aku tak sempat nk dapat analisis keseluruhan pagi tadi sbb masa terhad,time budak2 dah beratur nk ambik result..
Di kesempatan ini aku nk ucapkan tahniah buat kawan2 yg bertungkus lumus & sepenuh tenaga mengajar students SMMKN ni especially cikgu2 form 3.Walaupun aku sempat ajar sampai bulan 7 je,sedikit sebyk aku rasa teruja ngan keputusan yg dapat ni.Apalagi dgn pengetua,PK1 dan rakan2 yg lain..sure lagi seronok..
Teringat plak kata2 guru2 aku dulu,tiada yg lebih gembira buat seorang guru apabila melihat anak2 muridnya berjaya..
AKU TUMPANG GEMBIRA...............

Thursday 18 December 2008

Happy Birthday Affi..

Selamat Ulangtahun Kelahiran Affi yang ke-2.Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,menjadi anak soleh dan berjaya di dunia & akhirat.

Saturday 13 December 2008

Haji...Menuju Allah

Alhamdulillah dengan izinNya dapat kami menyempurnakan ibadah haji.Terima kasih pada semua yg mendoakan kami selamat sampai ke sini.Dan terima kasih yg tak terhingga juga buat famili Hj fauzi dan kak za yg menjaga anak2 kami sepanjang kami menunaikan haji...



Ya Allah,jadikanlah aku hambaMu yang banyak mengingatiMu,banyak mensyukuri nikmatMu,sangat patuh terhadap perintahMu, selalu merendahkan diri kepadaMu, dan senantiasa mengadu dan berserah diri kepadaMu.
Wahai Tuhanku! Terimalah taubatku, bersihkanlah dosaku, kabulkan doaku, kuatkanlah hujjahku,tunjukkilah hatiku,luruskanlah perkataanku, dan lenyapkanlah kedengkian dari hatiku.