Tuesday 30 December 2008

Result PMR Dah Kuar...

Dari malam tadi excited benar aku nk tau pasal result PMR yg diumumkan ari ni..maklumlah sekolah aku ni kira first batch yg ambik PMR.Walaupun aku dah tinggal SMKKN sejak bulan Ogos lalu tapi aku rasa rindu sangat2 kat kengkawan dan adik2 pelajar.Alhamdulillah bila dapat tau result pagi tadi(kul 6 pg waktu sini,aku call cg Anna),rasa gembira dan terharu..rasanyer lagi seronok kalau dapat bersama2 kat sekolah ari ni..
Walaupun tak ada yg dapat 8A,aku rasa dari segi keseluruhannya agak membanggakan cikgu2.Aku tak sempat nk dapat analisis keseluruhan pagi tadi sbb masa terhad,time budak2 dah beratur nk ambik result..
Di kesempatan ini aku nk ucapkan tahniah buat kawan2 yg bertungkus lumus & sepenuh tenaga mengajar students SMMKN ni especially cikgu2 form 3.Walaupun aku sempat ajar sampai bulan 7 je,sedikit sebyk aku rasa teruja ngan keputusan yg dapat ni.Apalagi dgn pengetua,PK1 dan rakan2 yg lain..sure lagi seronok..
Teringat plak kata2 guru2 aku dulu,tiada yg lebih gembira buat seorang guru apabila melihat anak2 muridnya berjaya..
AKU TUMPANG GEMBIRA...............

Thursday 18 December 2008

Happy Birthday Affi..

Selamat Ulangtahun Kelahiran Affi yang ke-2.Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,menjadi anak soleh dan berjaya di dunia & akhirat.

Saturday 13 December 2008

Haji...Menuju Allah

Alhamdulillah dengan izinNya dapat kami menyempurnakan ibadah haji.Terima kasih pada semua yg mendoakan kami selamat sampai ke sini.Dan terima kasih yg tak terhingga juga buat famili Hj fauzi dan kak za yg menjaga anak2 kami sepanjang kami menunaikan haji...



Ya Allah,jadikanlah aku hambaMu yang banyak mengingatiMu,banyak mensyukuri nikmatMu,sangat patuh terhadap perintahMu, selalu merendahkan diri kepadaMu, dan senantiasa mengadu dan berserah diri kepadaMu.
Wahai Tuhanku! Terimalah taubatku, bersihkanlah dosaku, kabulkan doaku, kuatkanlah hujjahku,tunjukkilah hatiku,luruskanlah perkataanku, dan lenyapkanlah kedengkian dari hatiku.

Saturday 29 November 2008

Hikmah & Fadhilat Qurban

1. Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.

2. Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah
s.w.t.

3. Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu
berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.

4. Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.

5. Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

Friday 21 November 2008

Berkelah di Pantai Ummlujj

Semalam 20 Nov,kami bertolak sekitar kul 1.45 petang.Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih.Bersama2 kami turut serta adalah famili En.Zuraili,En.Ahadin,Hj Rohaizat dan Hj. Ghaz...
Masing2 siap membawa bekal,walaupun ni kira last minute plan,makanan yg di bawa kira banyak la..Antaranya nasi ayam dan puding buih(aku bawak),nasi lemak,meeehoon goreng,nasi putih & kari telur & budu & petai,nasi mandi,kek marble keju,kek gula hangus,laksa johor,air dan mcm2 lagi..memang kenyang sesgt..




Budak2 pun seronok main2 air,memancing ikan dan main bot...
Kami bertolak pulang selepas waktu maghrib...Seronok,lain kali kita pegi lagi.
Memandangkan hari ini adalah birthday Nadzmin,tak sempat nak beli kek sebelum ke pantai so on the way balik umah kami singgah kat HyperPanda beli kek utk Nadzmin.Sampai kat umah sempat la ambik gambar potong kek Nadzmin..Ni birthaday Nadzmin yang ke 4..

Saturday 15 November 2008

Buat Renungan

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Wednesday 12 November 2008

Cuti sekolah bermula...

Esok cuti sekolah bermula bagi sekolah2 di negeri pantai timur..mesti seronok pelajar2 dan cikgu2 sekali..Tiba2 teringat plak time ni kalau ada kat Malaysia mesti duk sibuk mengemas barang2 kat sekolah maklumlah nak cuti panjang.Yang mana bilik guru kat tingkat atas boleh la tahan sikit tapi kalu bilik guru duk tingkat bawah memang kena 2x kemas sebab takut banjir..dan seperti rutin setiap tahun last day la ari paling sibuk dengan isi borang serah tugas dan lengkapkan borang prestasi tahunan.Ke hulu ke hilir cari PK1,PK2,PK3....dan pengetua utk mintak tandatangan borang..Tu kalau sekolah besar dan pihak pengurusan yang tak berapa mesra,he2..tapi kalau kat sekolah aku pihak pengurusannya sgt la baik dan very sporting..kerja tetap kerja tapi sikap mereka yg menganggap kami cikgu2 macam kawan2 rasa seronok...
Dan seperti tahun2 sebelum ni,walaupun cuti sekolah bermula aku masih lagi sibuk dgn membuat part time jadi pemeriksa paper maths PMR..pejam celik dah 3 tahun aku wat keje ni..sebenarnya bukan duit yg aku rebut sgt tapi pengalaman yg cukup berharga tu aku rasa menyebabkan aku ambik peluang ni.Sbb bila kita dah jadi pemeriksa,kita lebih tahu apa yg perlu dan kurang perlu utk diajar...tu citer dulu2 la...tahun ni aku jadi pemeriksa buku2 sekolah anak2 aku la plak..he2..

Monday 10 November 2008

Basikal..

2 ari lepas kami ke Balad untuk membeli basikal anak2.Lepas aje balik Malaysia ari tu,Nadzmin asyik mintak belikan basikal untuknya.Aku rasa sebab balik Malaysia ari tu dia ada naik basikal(aku telah bagi pada sepupunya).Masa tu dia ada tanya basikal tu dia yang punya,ingat lagi rupanye..Lebih kurang 3 bulan dah dia tak main2 basikal,rindu agaknya...
Bukan tak nak beli tapi kat umah aku ni tak ada halaman so diaorang main la kat dalam umah je..kesian plak.Dah beli basikal,kena la beli sorang satu nanti gaduh plak 3 beradik tu.Kat sini harga basikal kira ok la,lebih kurang kat Malaysia.





Friday 7 November 2008

Ziarah Madinah di Bulan Haji

Semalam aku bersama keluarga berpeluang lagi ke Madinah.Ini merupakan kali ke 3 aku ke Madinah.Kami bertolak sekitar kul 8 pagi.Perjalanan mengambil masa tidak sampai 2 jam.Seperti biasa tempat pertama yang kami kunjungi ialah Masjid Nabawi.Kali ini kelihatan para jemaah haji sudah sampai.Bila dapat jumpa jemaah dari Malaysia rasa seronok walaupun tak kenal mereka.
Kami berkesempatan menunaikan solat zohor di sini.Dan buat kali pertama aku dapat masuk ke Raudhah.Alhamdulillah...
Punya la ramai orang nak masuk kat dalam,penuh satu raudhah.Nak bergerak pun susah.Mungkin bertembung ngan musim haji kot.Ni ramai lagi jemaah haji belum sampai.
Kemudian aku sempat membeli sehelai abaya.Sebelum balik kami singgah di kedai makanan indonesia membeli sedikit keperluan dapur.Lebih kurang pukul 6 petang kami sampai umah.




Sunday 2 November 2008

Seminggu di Malaysia

Lebih kurang kul 11 malam Sabtu,aku selamat sampai di umah Yanbu.Letih perjalanan yang jauh.Balik kali ni aku try naik flight Saudi Airlines.Kalau nak dibandingkan lagi best naik flight MAS.
Seminggu kat Malaysia rasa sekejap tapi alhamdulillah at least dpt lepas rindu pada keluarga dan sanak saudara.Cuma kesian kat anak2 buah balik time ni tak ada ole2 dr arab sgt,just beli air zam zam n biskut berintikan kurma sikit.Ye la ari tu aku balik emergency so memang tak sempat nak shopping.Lain kali la ye cik aa bawak balik ole2 banyak2 gitu..
Walaupun tak sempat jumpa ngan arwah,aku dapat gak tgok video yg dirakam oleh abang iparku hari2 terakhir arwah.Sedih tgok,rasa mcm arwah masih hidup lagi..
Selama seminggu sempat 2 mlm tahlil di rumah mertuaku dan 1 malam tahlil di umah abg iparku.
Memandangkan masih lagi di bulan Syawal sempat lagi kami memenuhi beberapa jemputan raya.Terima kasih pada semua.
Dan seronok gak dapat merasa hujan,ye la kat sini mana nak jumpa hujan.
Hampir 3 bulan aku tinggalkan Malaysia,rasa sama je tak ada sgt perubahan especially kat Paka..maklum la baru 3 bulan bukan 3 tahun..sempat gak aku singgah kat Mesra Mall,Kemasik.
Yang berubahnya baru 3 bulan tak pegang stereng kete,aku dah kekok.Sepanjang seminggu tu aku rasa tak sampai setengah jam aku bawak kete..sebab aku rasa kekok.Tu baru 3 bulan,kalau 3 tahun camaner ek? Nampak gaya nanti lepas 3 tahun aku kena belajar bawak kete sebulan sebelum keje..
Ari Selasa aku sempat ke sekolah jap jumpa member2 & pelajar2..Kebanyakan mereka kata aku nampak kurus sikit(skit je la)..kalau betul alhamdulillah..
Alang2 dapat balik Malaysia kali ini dapatlah aku membawa stok2 makanan yg tak ada kat sini.Yang ada pun aku bawak.Dengan 4 beg dan 3 kotak aku sumbat je ape2 yg aku rasa perlu termasuk kiriman dari rakan2 di Yanbu.Nasib baik budu,kicap,sos cili tak pecah..kalau tak semerbak bau satu kapal terbang.
Pikir2 seronok gak duk jauh2 bila balik bercuti..walaupun letih tapi seronok...

Wednesday 22 October 2008

Dalam kenangan..

Kalau aku ada kuasa untuk hentikan masa sebentar dapat aku tatap wajah ibu mertuaku tapi apakan daya sudah tertulis yang kami tak ada rezeki untuk berjumpa dengan mak buat kali terakhir...moga2 roh mak dicucuri rahmat,amiiin..
Baru pagi tadi aku dapat sms dari kampung tentang pemergian ibu mertuaku..sungguh cepat mak pergi,tak sempat anak menantu dan cucu2 mak ni nak kucup mak buat kali terakhir..Insyaalah kami sampai ke pusara mak esok..Ntah apa lagi aku nak tulis ni,sedih sesangat..Buat arwah mak tersayang,terima kasih banyak2 atas tunjuk ajar..
You are very special,luv u so much..al-Fatihah.

Tuesday 21 October 2008

Open House Raya

Alhamdulillah mlm tadi aku & za (jiran sebelah/wife wan azmi) wat open house..Walaupun letih dgn anak kecik yg tak berapa sihat tapi seronok bila dapat berkumpul bersama2 orang2 malaysia..Nasib baik ada jiran sebelah bolehlah share masak2 & umah.Dipendekkan citer tgok la gambar2 ni..

Saturday 18 October 2008

Majlis AidilFitri di Dolphin Beach Resort Yanbu

Pada 16 & 17 okt telah diadakan majlis aidilfitri di Dolphin Beach Resort.Kira program ni 2 in 1 la coz lebih kurang sekali famili day.Walaupun program ini hanya 2 hari 1 malam namun suasananya kira meriah.Antara program yg dilaksanakan ialah sukaneka & volleyball,acara mandi manda,BBQ dinner,boatride,kem ibadah dan solat berjemaah..Selain itu sapa2 yg nk snorkling pun boleh tp yg ni tak ada dlm pakej so byr sendiri.Anak2 apa lagi lama benor tak jumpa swimming pool so ambik lah peluang ni mandi sepuas2nya..Tapi aku terpaksa balik awal skit sebab anak (affi)demam..kesian plak.

Tuesday 14 October 2008

Buat Renungan

Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita...

2.Apabila bertemu dengan orang tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat..

3.Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui..

4. Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya..

5.Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan lah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosanya akan diampuni Allah..

renungkanlah...

Sunday 12 October 2008

PMR KINI TIBA

Di kesempatan ini,aku ingin mengucapkan SELAMAT MENGHADAPI PMR (13 hingga 17 okt) buat semua pelajar tingkatan 3 seluruh Malaysia.Dan teristimewa buat anak2 didikku yang berada di SMK Kampung Nyiur Paka.Cikgu sentiasa mendoakan kejayaan buat anda semua.Buat sehabis baik dan semoga anda semua memperolehi kejayaan..insyaallah.
Buktikan yang anda semua BOLEH.

Tuesday 7 October 2008

Little Angel

Dalam kul 5 petang tadi kami(famili En. Zainudin & En. Leman)ke sekolah tadika 'Little Angle'.Plan awal nk survey2 dulu tapi tadi terus kami register..Tengok enviroment dia okay je.So ari Sabtu ni Ainna & Nadzmin start sekolah.Diorang belajar sesi petang kul 2 hingga 5 petang.
Bukan main seronok budak2 ni nak sekolah maklumlah dah 2 bulan duk lepak kat umah.Tambah plak tadi tengok mainan banyak.Cikgu2 yang akan mengajar mereka ialah Pn. Karima Malakai dan Pn.Halal.Diaorang pun nampak okay..
Ni beberapa gambar yang sempat aku ambik tadi.Ye la,lepas ni susah plak nak ambik.

Bungkusan Dah Sampai


Lebih kurang seminggu,bungkusan yg dikirim dr Malaysia dah sampai.Terima Kasih banyak2 utk Atiey & kak nun yg tolong cari brg2 n pos..Lain kali tolong lagi ye!Antara brg2 yg dikirim seperti dalam gambar ni la.


Tapi yg paling special sekali 'lepok durian'yg mak aku buat..mlm td dah habis satu bungkus,tinggal lagi satu bungkus...rindu betul nk makan.Biskut raya ada gak dlm 2 bekas tapi yang satu tu separuh dah hancur,tak pe la...janji masih boleh dimakan.

Sunday 5 October 2008

Buat Renungan

Puasa enam hari dalam bulan Syawal

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

Dapat kad raya

Ari ni sukanyer aku rasa coz dapat kad raya.Maklumlah duk jauh2 ni mane ade aku nampak kad raya kad sini.Terima kasih banyak2 along (afina) & keluarga susah payah anto kad raya ke cik aa sekeluarga di sini.Tengok pada tarikh kat sampul tu 14 sept,maknanye 2 minggu lebih gak nak sampai..lain kali anto lagi ye!Pasal duit raya tahun depan la cik aa bagi double kire qada' tahun ni punye..sabo ye.nak duit arab pun boleh....




Friday 3 October 2008

My 6th anniversary

Pejam celik pejam celik ari ni dah 6 tahun aku kahwin.Alhamdulillah rezeki Allah bagi dikurniakan 3 anak yang comel2.Kalau ada rezeki plan balik malaysia nak tambah 2 lagi,..baru meriah..insyaallah.Seperti tahun2 lepas aku akan bagi hadiah pada hubby dan sebaliknya tapi tahun ni nak wat camaner duk kat Arab tak boleh bawak2 kete,tambah plak gaji aku pun hubby yg bagi(dah buat perjanjian sebelum cuti kerja..he2).So ari ni aku just masak nasi minyak n gulai ayam utk mkn sekeluarga..boleh la...
Harapan aku agar perkahwinan kami terus mekar dengan kasih sayang dan sentiasa dilindungi & dirahmati Allah.Moga2 selepas ini rezeki kami semakin bertambah.Amiin..
For my lovely hubby,terima kasih banyak2 atas special present dan segala2nya & terimalah cik aa seadanya..

Tuesday 30 September 2008

Hari Raya

Seperti sedia maklum raya kat sini awal sehari dr di Malaysia.Buat pengetahuan keluarga dan rakan2 di malaysia,sambutan raya di sini sederhana tak semeriah di malaysia..malam raya masa dengar takbir dah rasa sayu dan sedih,rasa nak balik je.Nak buat macamaner dah tersurat tahun ni aku raya kat perantauan.Insyaalah tahun depan aku akan balik jugak untuk beraya.Hu...hu..hu...
Tahun ni aku beraya di Mekah.Malamnye baru aku bertolak pulang ke umahku di Yanbu.Kat Yanbu ni dah bertambah keluarga Malaysia,so sambung beraya di sini bersama2 rakan Malaysia.

Monday 29 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Di kesempatan ini,aku n famili ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILIFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN kepada semua kaum keluarga di Paka dan Kerteh.Tidak lupa juga buat rakan2 di Malaysia,rakan2 senasib di Yanbu dan pembaca2 blog perjalanan ini...


Pyzam Glitter Text Maker
Create your own glittery text at pYzam.com



Saturday 27 September 2008

Umrah Ramadhan

Alhamdulillah dgn izinNya dapat aku dan hubby menunaikan umrah pada Ramadhan kali ini.Cabaran kali ini lebih skit berbanding dulu dengan keadaan perut lapar dan 2,3 kali naik bas nk sampai ke masjidil haram(tersilap naik bas)..Pada bulan Ramadhan ni mmg ramai sgt2 orang terutama sepuluh malam terakhir ni..kereta memang kena parking jauh.Hotel2 pun dah penuh.Syukur aku dapat sewa aparment walaupun jauh sikit,dan terpaksa naik bas sekitar 10 minit ke masjidil haram.
Terima Kasih kpd famili Hj Ghaz dan Hj Rohaizat yg membantu kami tumpangkan anak2 sepanjang wat umrah.Allah jua yg dapat membalasnya.

Wednesday 24 September 2008

Berita baru..

Sebenarnya dah 2 ari lepas hubby aku beritahu yg start ari ni dia dh cuti raya n standby yg dia cakap ari tu cancel..yahoo!!
Maknanya peluang aku nk wat umrah bulan Ramadhan ni masih ada,moga2 impian menjadi kenyataan.Sekarang dlm proses cari hotel.Maklumlah sepuluh malam terakhir ni hotel kat Mekah memang penuh n harga melambung naik..Awal2 orang dah booking..Pengajaran untuk kami tahun2 depan booking la awal untuk mengelakkan perkara yg tidak diingini berlaku..
Tiba2 teringat plak kat kampung halaman....masa2 gini mesti sibuk dengan persiapan raya,kemas umah.Duk sini tak pikir sgt tu semua,pikir nk gi Mekah n wat umrah..
Insyaallah kalau ada rezeki kami,esok lusa ke Mekah nak wat umrah n terus beraya di sana...amiiiin..........

Sunday 21 September 2008

It's NOT a Gud News..

Petang semalam masa hubby balik keje dia bagitau yg dia kena standby dr 24hb sept hingga 3hb okt.lama tu sepuluh ari....maknanye raya ni tak leh jln jauh2 just round2 yanbu dan mungkin setakat Madinah je bleh gi kot..plan asal nk gak ke Jeddah n Mekah next week n ari raya tu.tapi bila tau berita yg TAK GUMBIRA ni,aku rasa tak ada mood daa...
dlm kepala otak ada gak mai terpikir,tak ada orang lain ke ganti hubby aku,cari la orang arab gak ke..sapa2 la,boleh aku jalan2 jauh skit raya ni..nak wat gane,dah nasib aku..moga2 ada rahmat di sebaliknye,allahualam...

Thursday 18 September 2008

Buat Renungan

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-
hati. Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat .....

Susu Oh Susu...

Masa aku datang sini dulu aku siap bawak bekal 10 bungkus susu untuk affi sebab susu ni tak ada kat sini..dengan cermat aku guna tinggal lagi 2 bungkus.Affi n Nadzmin minum susu dutch lady 123 perasa coklat.



Sampai kat sini aku intai tak ada susu perasa coklat..Sebelum datang ari tu aku dah try tukar susu putih tapi dia tak nak minum.Kalau Nadzmin tak pe la sebab lagi 2 bulan nak masuk 4 tahun,dah boleh berhenti susu tapi kesian plak Affi tak sampai lagi 2 tahun..
Petang semalam masa aku pegi Hperpanda aku try beli susu Nido,kl kat malaysia macam nespray la..ari ni aku try buat.


Mula2 pagi aku try tambah satu sudu nido ngan dutch lady.Alhamdulillah habis satu botol.Tengah ari nye aku tambah lagi 2 sudu nido ngan dutch lady,Nadzmin habis la tapi Affi separuh aje minum..Agaknya dia rasa lain dan kaler dia pun ala2 putih.Last2 aku suruh Nadzmin habiskan..Nadzmin ari tu bukan main kata kalau susu coklat tu habis dia tak nak minum susu lagi..tapi nampak gaya lebih dia dari Affi..Kesian Affi,harap2 dia minum susu Nido lepas ni..

Wednesday 17 September 2008

Salam Perantau Kosmo

Seperti diduga akhirnya gambar dan ucapan raya yg aku anto kat salam perantau kat kosmo
kuar ari ni.So sanak saudara dan rakan2 di malaysia bolehlah tengok.Part ucapan tu ada typing error skit tu..itu mungkin disebabkan banyak sangat orang anto so kosmo pun tersalah skit..anyway terima kasih banyak2 kosmo.Tahun2 depan insyaallah kami anto lagi.Kalau ikutkan ucapan nak tulis panjang2 tapi maklumlah ruangan yang ada terhad.


gambar ni diambik on d way balik dr Madinah kat ladang unta..kat blog pun ada.

Sunday 14 September 2008

Citer anak-anak

so far anak2 aku belum bersekolah lg..sbb sekolah tadika yg aku nk anto ainna ni start sesi persekolahan slps raya.jd duk umah je la budak2 ni,aku yg jd cikgu sementara mereka..nadzmin plak kl dulu dah sekolah kat sini aku tak tau la terima ke tak sbb umur kl ikut tahun br 4 tahun.kl boleh,biar je la dia sekolah...
kerja dia ari2 tgok tv la citer kartun..nama pun budak2.pastu main sama2 dia bertiga.puas2 bergaduh je..main pun dlm umah.nt insyaalah lpas raya jiran sebelah(wan azmi)akan balik bawak famili.so ada la kawan anak2 aku nanti..
anak sedara aku ada gak anto sms tanya ainna,nadzmin,affi cakap bahasa ape?
kl nk tahu especially mira,budak bertiga ni cakap mcm dulu gak...belum sekolah lg..
tapi dlm masa sebulan lebih ni aku perhatikan lagu2 kartun dlm tv bahasa arab dia seme dah leh ikut nyanyi..sedap plak aku dengar..tp tak paham la..nt dia dah sekolah,dia faham n bolehla ajar aku plak..
ainna memang tak sabar nk sekolah,dah boring dah tu duk umah asyik gaduh ngan nadzmin.
tu la serba sedikit pasal anak2 aku...

Saturday 13 September 2008

Pulut Kuning

Semalam masa aku pegi Madinah aku sempatlah beli pengukus.ye lah,kl ada pengukus byk skit menda2 aku bleh masak nt..so utk menunjukkan pada hubby aku yang aku guna pengukus tu, dengan rajinnya aku buat makanan favourite dia...pulut kuning n kari ayam.nk try wat rendang tp bhn2 tk mencukupi terpaksa la cancel.tp kl kat kampung dulu stakat wat mkn 2,3 beranak ni tak guna pengukus pun...rice cooker pun jadi gak..inilah dia rupernya..


Madinah Al Munawwarah


Lebih kurang dlm kul 11.30 pg, kami(familiku n famili kak mas)bertolak ke madinah.Ini merupakan kali pertama dlm bulan ramadhan aku ke sini..



dlm perjlnn kami singgah solat zohor di Masjid Quba'a.



Sampai di madinah kami terus check-in di Hotel Andalus.Hotel ini agak berdekatan dgn Masjid Nabawi..
dari awal lg aku memasang niat untuk sembahyang terawih di masjid nabawi tp aku bimbang terlepas peluang ini memandangkan anak-anakku 3 orang yg masih kecil,mcmaner la nt aku nk handle duk tgoh smayang nt..plan awal aku nk ikat tali kat kaki je anakku yg ke 3,2 org lg bolehlah pesan2...tu pun aku dengar citer org yg dah pg madinah sblm ni. yg mane ade anak kecik ada yg ikat kaki dgn anak utk elakkan hilang anak...
aku pikir gak,tahan ke anak aku ni kena ikat kaki sbb dia ni aktif sgt...kan tk pasal2 putus talinya...
time smayang asar kat masjid nabawi,aku n hubby pakat2 bawak anak.aku bwk ainna n nadzmin.hubby aku plak bwk affi..alhamdulillah,mereka ok tak wat hal...org ckp jgn la,ramai giler...
buka posa plak kami beli nasi beriani,kari kambing n ayam bakar makan kat hotel.dlm kul 6.15 ptg dah azan maghrib,kami minum n mkn roti skit terus turun solat maghrib kat msjid...tk nk lepaskan peluang berjemaah di masjid..masa smyang maghrib ni la,aku try tinggal amak2 kat bilik,pesan kat ainna jaga adik2..aboh n ibu nk gi masjid jap..mula2 tu ainna tak nak.dia kata takutlah,affi n nadzmin buas la dan mcm2 lagila...aku try pujuk dia wi sr1 sorang.ainna kata takmboh duit arab nk duit malaysia...eee geramnya aku..last2 makan pujuk gak,dia sanggup jaga adik2 dia..
so ake cpt2 turun n tawakkal agar tak ada ape berlaku kat anak2 aku..
siap je solat maghrib aku cpt2 naik ke hotel..bimbang gak la anak2 aku tu...alhamdulillah mereka ok cuma bising la dengar dr luar suara mereka..
kat sini gap antara waktu maghrib n isyak lebih kurang 2 jam,lame...kami pun sambung buka posa...



time isyak n terawih aku terpaksalah bwk budak2 ni sbb masa yg panjang tk yakin aku nk tinggal kat bilik lama2..masa ni pun sama,aku bwk ainna n nadzmin,hubby bwk affi..
mula2 tu nadzmin start gak ngis,nk kencing la...
tp aku terpikir plak cmnerlah affi n abahnya.dh la smayang lame,ye la surah pnjg2 dia baca..tahan ke affi?
aku wat 8 je terawih...lpas siap aku cal hubby..kami jumpa kat pagar depan masjid.tgok dia dukung affi...alhamdulillah rupa2nye hubby aku kata masa smyang isyak dia ikat kaki ngan affi,pastu terawih affi tido n siap 8 rakaat,mcm dikejut2 je dia terjaga sendiri...mungkin rezeki mlm tu aku dpt smyang terawih kat masjid nabawi.ye la walau dah sampai sini,kl ada anak kecik susah juga dpt pelunag mcm ni...
ya Allah,syukur sangat2 diberi kesenangan dan peluang ini...impian aku tercapai..

Siap terawih,aku n ainna gi round2...hubby n 2 hero lg duk bilik..best plak dpt jln2 ngan ainna..aku beli sepasang abaya n mknn skit..lebih kurang 1 jam setengah gak aku jln2...time ni ramai org shopping..



panjang plak aku tulis kali ni,sebenornya byk lg aku nk citer...nt la aku sambung nk masak buka posa plak ni..