Sunday 25 January 2009

Tadika Arab

Minggu ni dah masuk minggu ke-3 Ainna & Nadzmin sekolah kat tadika Arab.Kebetulan time dftr ari tu ada sekali ngan anak Kak Suhaida/Ramli,Ila/Nasrun, Kak Anis/Dahisham dan Kak Lin/Sapawi.Jadi ada lah jugak kawan2 Malaysia.Tiga ari pertama aku ikut sekali anak2 ke sekolah so bawak sekali si Affi ni.Ye la nak biasakan mereka naik/turun bas.Seronok Ainna & Nadzmin gi sekolah naik bas..
Sini 100% bahasa arab.Masa aku tanya pasal silibus ari tu sbb dlm bahasa arab,aku x paham mane tp bila dia translate in english baru paham.Kat situ tak silap 2 org je yg boleh berbahasa inggeris yg lain tak bleh,mgkin bleh skit2 kot.ari pertama aku tggu Nadzmin dlm kelas aku dh dpt 4 vocab arab..abla(cikgu),hamam(tandas),kataq(salah),sah(betul)...
Dalam kelas aku tgok menarik sesgt dgn hiasan dan banyak mainan.Every class ada toilet so senang la budak2 ni nk buang air.
utk pengetahuan,orang lelaki tak dibenarkan masuk kawasan sekolah ni.patut la aku tgok abla2 bila masuk je kawasan sek,bukak abaya n tudung..cantik plak nmpk diaorg bergaya ngan baju2 mereka..cantik gitu...Bila tamat sekolah,mereka pun pakai balik abaya n tudung..
Memandangkan sekolah ni cume terima 6 tahun ke bawah so Ainna sempat satu semester je la sekolah sini.Next sem kena tukar sek lagi..samada tawhid International school atau Israk international school.
Ni gambar yg sempat aku snap sepnjg 3 ari aku kat sek..ari ke 3 tu diaorg pergi picnic kat taman mainan dgn abla2 mereka,siap naik bas,aku pun join sekali..seronok si affi,perasan plak dia yg sekolah.

Sunday 18 January 2009

Jom jenguk umah sewa kami..

lama tak updated blog..sejak pindah umah sewa baru ni line internet lom transfer lagi.so kena pk line org dulu la buat sementara waktu.Nk citer la skit psl umah sewa baru ni esp utk sanak saudara n kengkawan kat malaysia. sbb ari tu janji nk snap gambar.
compare umah dulu,umah ni lagi selesa.umah skrg ni 2 tingkat.kami tgkat atas dan za/wan azmi tgkat bwh.umah ni ada halaman so anak2 bleh la main beskal kat luar,tak dela main kat dlm umah je cam dulu.nak kata besar tak besar mana tp lebih besar la dr umah dulu.ada 3 bilik tido,dapur,ruang tamu dan 3 tandas.
betul2 blkg umah ada masjid,padang bola..jln skit ada deretan kedai.kedai dobi,kedai beskal,mini market,kedai kurma,kedai jual nasi mandi,kedai ikan2 besar dan byk lagi.




ni depan pintu pagar umah kami dan umah kami yg tingkat atas tu...






ni plak masjid betul2 belakang umah kami.pemandangan masjid luar dan dalam.tapi yg tak bestnyer sini org lelaki je solat kat masjid,org perempuan solat kat umah.
masjid ni pun nmpknyer nak diperbesarkan lagi.insyaallah nanti ada peluang org perempuan pun bleh solat kat masjid.




yg atas gambar anak2 kat ruang tamu dan gambar bawah halaman umah tempat anak2 main beskal waktu petang.



ni la deretan kedai yang aku kata tu..stakat nk beli brg2 dapur n lauk skit2 bleh je.nak baiki beskal budak ni pun senang coz ada kedai baiki beskal..nk anto toto pun ada kedai dobi.sekali sekala malas masak,beli je nasi mandi...

Monday 5 January 2009

Buat Renungan

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Rabu, 7 JAN 2009 )

1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Friday 2 January 2009

My Birthday!

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dapat menyambut ulangtahun kelahiran yg ke 30 ari ni.Skjp je umur dah masuk angka 3..he2.Tapi tak kesah,org kata umur tu angka je yg penting jiwa sentiasa happy.Syukur aku rasa dalam umur begini banyak yg aku capai dan kalau ikutkan banyak lagi yg ingin dikejar..slow2 la.
Kebetulan masuk tahun baru ni aku berpindah ke umah sewa baru.Kira rumah ni lebih ok dari dulu lebih selesa.Keluar je pintu belakang terus je ada masjid,padang bola dan deretan kedai..Nanti la dah settle kemas umah aku snap gambar utk tatapan keluarga dan sanak saudara kat kampung.