Wednesday 18 February 2009

Buat Renungan

MENGHORMATI AZAN

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak(hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan
lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

2 comments:

Anonymous said...

betul..kite wajib menghormati azan..semoga Allah memudahkan kite semasa menghadapi kematian kelak..-umi haziq

Anonymous said...

takut dan insaf plak baca tazkirah ni. Insyaallah lepas ni kt akan terapkan betul betul amalan ini. kadangkala kita ingat.. tp nk bercakap jugak sb nak jaga hati dgn org yang sedang bercakap ngan kita. Baca tazkirah ttg kematian ingat ke arwah mak. Kt terasa tersgt rindu kat arwah mak. Kt harap semua jgn lupa sentiasa sedekahkan alfatihah dan segalanya kepada arwah mak.Semoga rohnya ditempatkan ditempat org org yang soleh dan solehah.Amin