Monday 22 June 2009

SELAMAT HARI BAPA

Walaupun terlewat sehari,aku nak ambik kesempatan jugak untuk mengucapkan selamat hari bapa buat semua insan yg bergelar bapa.Teristimewa buat ayahanda dan mertua Hj.Yahya Hj.Hasan & Ali Mohamad.Juga buat bapa kepada anak2ku (my beloved hubby).Semoga kalian dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan ceria2 selalu.


Friday 5 June 2009

Buat Renungan

Rahsia Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Monday 1 June 2009

Ada-ada aje...

Macam biasa la dh lame x update blog...ade citer tp malas nk type,he2.Kali ni aku just nk citer pasal anak2.Asyik ambik gambor pastu simpan je,so bile tgok balik gmbr2 mereka ni aku rajin plak ari ni nk masukkan dlm blog..
Ni gambar mereka kat bilik air kat umah,besor sgt2 la bilik air kat master bedroom ni.Kl x mane la muat kolam mainan ni.Puas ati la main air.Dah lame beli,lebih kurang 2 bulan.Sesuai sgt la berendam musim panas ni..Aku?lom try lagi..agak2 muat tak?Kl mereka bertiga berendam pun nmpk cam luas je,agak2 aku pun boleh la..tggu diaorg tido la dulu,aku plak ambik turn...






Ni plak gambar Affi?Buat ape agaknyer Affi ngan torchlight tu ek?Sape yg dh pegi umah aku korang perasan tak dapur aku tu sebenarnya diubahsuai dr sebuah bilik tido(agaknyer le),siap carpet lg ler jd dapur aku tu.Dan Almari pakaian yg besar tu tak semena2 jadi kabinet dapur..Tu la sampaikan Affi pun muat masuk.Dulu aku letak mknn2 kering yg aku beli..Last2 Affi asyik keluar masuk intai mknn aku kosongkan kat bhgn bawah jadi plak ruang mereka main sorok2..ade2 aje idea mereka..



Yang ni plak dpt kontrak baru lps habis kontrak tudung kelmarin.Model kacamata hitam versi kanak-kanak musim panas..rege spek ni sr2 sahaja,beli 3 pasang dpt sr5..


Next,kita layan plak gambar ni..Sebenornyer ni baru balik dr kedai gunting rambut.Ala,kedai gunting rambut kanak2 sebelah Happyland kat HyperPanda tu..Aku tertarik tgok konsep kedai ni.Kedai Gunting rambut khas utk kanak2.Siap ade tv 2,3 biji kat dlm kedai dgn skrin besor lg.Pastu aksesori kat dlm tu mmg cute.Brg2 yg digunakan pun mmg seme gambar2 kartun..Kebetulan rambut Nadzmin pun dh pnjg kami pun try la kedai ni..Yg kaler2 tu saje2 je dia sembur ngan air kaler2,kena air ilang la.Suka sgt Nadzmin n Affi..Duk sebut "rambut pacak" je..



Yang ni gambar masa kenduri aqiqah kat umah Kay Marlina.Baby tu baby girl..ambik berkat,he2..


Last but not least ni la dress Ainna utk majlis graduasinyer.Sebenarnye ade citer sedih disebalik dress ni tp aku malas nk citer kat sini.Dress ni kl nk beli saje2 mmg x beli la.Rege dia sr200..mmg cantik la dan kualiti kain dia pun bagus.Sebab cantik sgt dress ni anak bujang aku lagi dua org ni pun x lepaskan peluang nk try gak.Affi lagi la,pakai x nk buang..suka sgt tgok kembang kain dress tu..