Friday 18 December 2009

Selamat Hari Lahir Affi




Alhamdulillah,hari ni genap umur Affi 3 tahun.Lagi 3 bulan,insyaallah dah boleh panggil Abang Affi coz bulan Mac 2010 Affi akan dapat adik (satu family dh x sabar nk tggu saat ni..)
Harapan ibu dan abah moga Affi jadi anak yg soleh,berjaya di dunia & akhirat.Jangan nakal2 tau.Seronok je bila tgok gambar2 Affi masa kecik,comel & cute & tembam...dh beso ni dh kurus dah sket..ape2 pun janji affi sentiasa sihat..

p/s : Slmt hari lahir juga buat sepupu Affi(Muhammad Adam) yg berada di Dungun sama birthday ngan Afi.Semoga menjadi anak yg soleh..

Tuesday 15 December 2009

Renungan bersama

6 pesanan khusus untuk wanita


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal( kan ) solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Friday 20 November 2009

Happy Birthday Nadzmin!!

Hari ini genap usia Nadzmin 5 tahun.Kebetulan plak ari ni ujung minggu,jd kami ambik kesempatan ni celebrate birthday Nadzmin kat Al-Baik(kalau kat mesia ala2 KFC ler,tp lg best tau..).Atas permintaan Nadzmin jugak kami ajak kawan sepermainan dia Azhim n Uwais utk memeriahkan acara(padahal x ade ape2 pun just mkn bdk2.) tp suke sesgt la bdk2 ni.Kebetulan plak time kami jemput Uwais kat umah ade sekali Sabrina,so murah rezeki Sabrina dpt join same2..tq buat K Anis,K Da & Za bg pinjam anak2 jap ptg td..
Buat Nadzmin,harapan ibu dan abah semoga menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia & akhirat..Kebetulan plak,esok adalah 1st day dia ke YIS (Yanbu International School).Dah lame dia tggu,kire ni pun hadiah utk birthday dia kali ni selain dr hadiah dr ibu,abah,azhim n uwais..






p/s : Selamat hari lahir juga buat Angah yg berada di Qatar,sama besday ngan Nadzmin.

Sunday 30 August 2009

Puasa kali ni...

Alhamdulillah ari ni dah sembilan hari umat islam menjalani ibadah puasa.Dan tahun ni merupakan kali ke-2 kami menyambutnya di perantauan bezanyer tahun ni selebihnya kami akan menyambung ibadah puasa di tanahair tercinta..secara jujurnyer aku rase kalau puasa lg seronok menyambutnyer disini tetapi hari raya jauh sekali,tidak meriah( itu pandangan peribadi aku ler.)
Tahun ni Nadzmin br mulai belajar berpuasa tetapi setakat ni sehari je yg penuh selebihnyer separuh ari je,sbb gi sekolah bawa bekal.Semua dlm kelas dia bawa bekal so kesian jugak dia sorang2 je x mkn..Ainna plak ini merupakan tahun kedua dia berpuasa.Makin ari nmpk segar je dia bila dh terbiasa kdg2 aku rase aku plak yg letih..
Kalau puasa tahun lepas boleh kata ari2 berbuka mesti wat kuih walaupun yg simple2 tp tahun ni seminggu kdg2 2,3 kali je wat kuih.Time berbuka dan bersahur pun mkn nasi x habis..tp tak kurus2 jugak...Ntah la,mungkin x mood atau hati dh berada kat Malaysia..

Saturday 29 August 2009

Umrah Ramadhan 2009



Alhamdulillah dgn izinNya dpt kami sekeluarga menunaikan umrah bulan ramadhan sblm pulang malaysia 3 ari lagi..kami bertolak sekitar jam 2.30 pg,dan bersahur dlm perjlnn.So awal2 dah siapkan bekal yg simple2 ikan goreng dan ayam masak kicap.Berselera plak bersahur kat tepi jln kali ni,he2..lebih kurang 10 minit lg masuknye waktu subuh kami sampai di Juhfah utk menunaikan solat dan berniat umrah(miqat bg penduduk Yanbu)..
Lebih kurang pukul 7.30 pg kami sampai di Mekah.Kami menginap di Jawharat Hotel.Kemudian terus melakukan umrah dan saei.Anak2 kami tinggalkan di bilik hotel bertiga memandangkan cuaca panas dan kesian Ainna dan Nadzmin yg berpuasa..
Kami berbuka puasa di d'saji felda dgn nasi putih,lauk2 dan roti canai.
Pada mlmnyer kami sempat bersama2 melakukan solat sunat terawih di Masjidil Haram.
Sekali lagi pada esoknyer kami bersahur di tempat yg sama..
sebelum pulang jam 10 pg,kami melakukan tawaf widak bersama anak2..sampai pusingan ke 3 tawaf kami terpaksa bergilir2 memandangkan Affi dan Nadzmin dah tak larat..
Alhamdulillah sampai juga hajat kami menunaikan umrah ramadhan kali ini.



Sunday 16 August 2009

Lame x updated..

Lame betul tak updated blog,kl x silap kali ni paling lame.tp x sampai lg 2 bln.Sebenarnyer bukan ape kesibukan dan sedikit mslh kesihatan yg membuatkan aku tertangguh2 nk menaip ni..
Sepanjang sebulan ni,Nadzmin dh mulai sekolah di Al-Tawhed International School,minggu ni dh masuk minggu ke 4 kl x silap.Alhamdulillah walaupun ari2 kena pujuk nk ke sekolah sbb maybe x kwn satu negara nk jadi teman berborak..ekceli dia ni suke sekolah tp time pagi nk pegi tu je la problem sikit..
Ainna masih menganggur kat umah,ujung bln 8 ni br sekolah bukak.Ainna akan bersekolah di Yanbu International School insyaallah.Nampak gaye,x sempat Ainna sekolah sbb awal September dh nk balik mesia..Tambah lg cuti Ainna..skrg duk umah keje asyik makan je,badan pun dh naik.aku rase umur 12 tahun nt dh bleh share baju ngan Ainna ni..
Kelas Arab pun dh nk sampai penghujung sblm bercuti dan sambung semula slps raya.Tp aku minggu ni dh stop sementara sbb kureng sht.Insyaallah lps raya bertemu semula di kelas arab.
Sepanjang sebulan ni aku sempat gak la ke Mekah n Madinah..last week ke Mekah beli air zam2 utk bwk balik.Minggu ni pun insyaallah ke Mekah lg sbb kwn asben aku ade dtg wat umrah.Dan insyaallah juga next week,bln posa pun ke Mekah utk wat umrah di bulan posa.Moga2 Allah berikan kesihatan yg baik buatku sbb skrg aku dlm 'zon x brp sht'

Monday 6 July 2009

Last day di Tadika Arab

Ni nk citer sket,tp kire dh lame story ni,agak2 3 minggu lps.Sekitar majlis penyampaian sijil di tadika arab.Majlis ni utk kaum ibu je so kaum bapa mmg x leh masuk.Mmg sini dh jadi kemestian kl sek arab,lelaki perempuan x leh cmpur2..dan masa ni la kaum2 ibu mereka melaram ngan baju2 yg seksi gitu n solekan yg ala2 artis..kami je yg 3 org ni (aku,kak da n kak anis) dgn abaya itam...kire mmg x perasan la,tenggelam ngan ke"glamoran" mereka pada pagi tu..
Majlis ni diserikan ngan persembahan budak2 tadika ni,kire seme la yg ambik bhgn..lepas tu ade mkn2 ringan sket n bagi hadiah n sijil..seme dpt same je sbb tak ade pelajar terbaik or exam2..terima je la.
Kebetulan masa ni aisyah(anak k za n hj pozi)duk umah so dptlah join majlis ni keesokkannyer..
Tp yg x syoknyer sbb majlis ni tertutup walaupun grand giler,x leh ambik2 gambar so yg mane ade ni sempatla aku curi2..rugi plak rase.Ye la walaupun lps tu dia jual cd,tp x puas ati la gak sbb kita ambik gambar lg ok...
so layan jer la gambar2 yg ade ni..









Monday 22 June 2009

SELAMAT HARI BAPA

Walaupun terlewat sehari,aku nak ambik kesempatan jugak untuk mengucapkan selamat hari bapa buat semua insan yg bergelar bapa.Teristimewa buat ayahanda dan mertua Hj.Yahya Hj.Hasan & Ali Mohamad.Juga buat bapa kepada anak2ku (my beloved hubby).Semoga kalian dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan ceria2 selalu.


Friday 5 June 2009

Buat Renungan

Rahsia Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Monday 1 June 2009

Ada-ada aje...

Macam biasa la dh lame x update blog...ade citer tp malas nk type,he2.Kali ni aku just nk citer pasal anak2.Asyik ambik gambor pastu simpan je,so bile tgok balik gmbr2 mereka ni aku rajin plak ari ni nk masukkan dlm blog..
Ni gambar mereka kat bilik air kat umah,besor sgt2 la bilik air kat master bedroom ni.Kl x mane la muat kolam mainan ni.Puas ati la main air.Dah lame beli,lebih kurang 2 bulan.Sesuai sgt la berendam musim panas ni..Aku?lom try lagi..agak2 muat tak?Kl mereka bertiga berendam pun nmpk cam luas je,agak2 aku pun boleh la..tggu diaorg tido la dulu,aku plak ambik turn...






Ni plak gambar Affi?Buat ape agaknyer Affi ngan torchlight tu ek?Sape yg dh pegi umah aku korang perasan tak dapur aku tu sebenarnya diubahsuai dr sebuah bilik tido(agaknyer le),siap carpet lg ler jd dapur aku tu.Dan Almari pakaian yg besar tu tak semena2 jadi kabinet dapur..Tu la sampaikan Affi pun muat masuk.Dulu aku letak mknn2 kering yg aku beli..Last2 Affi asyik keluar masuk intai mknn aku kosongkan kat bhgn bawah jadi plak ruang mereka main sorok2..ade2 aje idea mereka..



Yang ni plak dpt kontrak baru lps habis kontrak tudung kelmarin.Model kacamata hitam versi kanak-kanak musim panas..rege spek ni sr2 sahaja,beli 3 pasang dpt sr5..


Next,kita layan plak gambar ni..Sebenornyer ni baru balik dr kedai gunting rambut.Ala,kedai gunting rambut kanak2 sebelah Happyland kat HyperPanda tu..Aku tertarik tgok konsep kedai ni.Kedai Gunting rambut khas utk kanak2.Siap ade tv 2,3 biji kat dlm kedai dgn skrin besor lg.Pastu aksesori kat dlm tu mmg cute.Brg2 yg digunakan pun mmg seme gambar2 kartun..Kebetulan rambut Nadzmin pun dh pnjg kami pun try la kedai ni..Yg kaler2 tu saje2 je dia sembur ngan air kaler2,kena air ilang la.Suka sgt Nadzmin n Affi..Duk sebut "rambut pacak" je..



Yang ni gambar masa kenduri aqiqah kat umah Kay Marlina.Baby tu baby girl..ambik berkat,he2..


Last but not least ni la dress Ainna utk majlis graduasinyer.Sebenarnye ade citer sedih disebalik dress ni tp aku malas nk citer kat sini.Dress ni kl nk beli saje2 mmg x beli la.Rege dia sr200..mmg cantik la dan kualiti kain dia pun bagus.Sebab cantik sgt dress ni anak bujang aku lagi dua org ni pun x lepaskan peluang nk try gak.Affi lagi la,pakai x nk buang..suka sgt tgok kembang kain dress tu..







Wednesday 20 May 2009

Model Tudung Ekin Si Cilik Cawangan Yanbu..

Ni la duta2 baru tudung Ekin yg baru dilantik berkuatkuasa petang ni..Tamat kontrak ujung bulan ni..Sesapa nak order boleh ler..he2




Kontrak terpaksa ditamat awal sebab seorang dari mereka telah menarik diri utk menjadi duta Tudung Arab..ni ler dia..

Saturday 16 May 2009

SELAMAT HARI GURU..

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Saturday 9 May 2009

Selamat Hari Ibu!!

Sempena hari ibu yg akan disambut pada 10 Mei,aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat insan2 yg akan,sedang dan telah bergelar ibu..
Semoga keihklasan kita dlm menjalankan tugas2 seorang ibu menjadikan kita seorang yg lebih tabah.
Teristimewa buat bonda tersayang Hajjah Meriam bt.Sulong & Allahyarhamah Fatimah bt. Wahab.Sesungguhnya pengorbanan dan kasih sayangmu akan kujadikan panduan untuk aku bergelar 'the best mother in the world'...

Friday 10 April 2009

Madinah lagi...


Semalam,aku & family ke Madinah.Kami pergi balik ari je coz ari ni pakat nak rehat kat umah.Selain tujuan utk ziarah makam Rasulullah SAW dan solat di Masjid Nabawi,kami shopping brg2 skit utk wat balik nanti..balik?ye kami akan balik malaysia cuti raya,lmbt lagi masih ade 5 bulan lg.Panjang lg masa tp kami rasa bagus gak kl start beli awal2.Maklumlah adik beradik ramai,tak masuk lagi anak sedara...kalau tk silap 43 + 21 = 64 org..hah,tu dia anak sedara aku setelah dicampur belah aku & belah hubby..
Kalau beli last minute nt takut ade yg tertinggal,sian plak..
Ekceli,susah jgk nk beli ape..bukan tak bnyk brg tp terlebih bnyk pilihan,tak tau nk beli ape..rambang mata gak..so tggu je la apa akan kami wat balik nanti..yg pasti air zam2 & kurma dah jadi menda wajib..he2
Time ni Madinah sedang sibuk coz org ramai dtg wat umrah & musim panas bermula..

Saturday 4 April 2009

Citer anak-anak

Minggu ni masuk minggu ke-3 Nadzmin join kelas petang/quran.Ainna plak ari ni br ari ke-2 dia join kelas petang/quran.Kelas bermula kul 5 ptg dan habis kul 7 slps solat maghrib.Ekceli tmpt Nadzmin belajar dekat jer,jln kaki je ikut blkg pintu umah tp sbb sini org perempuan kl jalan kaki kuar mcm org tgok semacam je sorang2.Kl hubby keje balik awal ok la dia bleh anto.Tapi kl balik lewat aku la yg tukang anto.Kl tmpt belajar Ainna jauh skit.So kbtln Bro Usop ada sediakan servis transport so Ainna & Nadzmin naik je ngan Bro Usop..Alhamdulillah terisi la skit masa diorag selain waktu sek sebelah pagi,di samping kelas ngaji 2 minggu sekali oleh Ustaz Kamarul,student dr Universiti Madinah. Selebihnyer lepas maghrib aku & hubby bergilir2 ajar kat umah iqra'.Biasenyer aku la yg jd 'tok guru' mereka sbb hubby kdg2 keje balik kul 7 mlm.So sian penat...
Tapi kesian plak kat Affi setiap kali tggu van dtg jmput Ainna & Nadzmin,dia mesti nangis nk ikut.Siap bwk beg n pakai jubah.Kalau dh cukup umur lame dh aku anto sekali,bleh aku rehat kat umah..he2..
Ni aku snap beberapa gambar Ainna,Nadzmin & Affi sementara tggu Bro Usop jemput..




Thursday 2 April 2009

Mada'in Saleh

Lama betul tak updated blog.Bukan x citer,banyak sebenarnya citer tp maybe bz skit kot..ye ke?Oleh kerana byk citer nk dikongsi so mane yg smpat mlm ni aku kasi tau dulu..x smpt besok2 le yer..
last weekend 26/3,familiku bersama2 konvoi dlm 7 buah kete ke Mada'in Saleh.Asalnyer aku nk ke Jedah sbb katenye ade jualan mknn stok malaysia kat tabung haji Jedah.Tp bila dgr ade yg nk ke Mada'in Saleh,hubby kate baik ikut je sbb kl nk gi sendiri susah gak,lgpun tempatnyer jauh..agak2 4,5 jam gak naik kete.So aku kirim je pd Kak Ina tp brg2 yg dikirim tak ade..katenyer tak bnyk brg pun.
Konvoi kali ni disertai oleh famili aku,Dahisham,Radzi,Abg Pi,Pok Loh,Ramli & Hj.Razak.









Nk dijadikan citer,sdg round2 kaw Mada'in Saleh tayar kete Pok Loh masuk dlm pasir.So kaum2 bapa pun pakat ler tolak.Alhamdulillah,settle..kete dpt diselamatkan..



he2..pastu kete kami plak diuji..tayar masuk dlm pasir..hah,kali ni lg mencabar sbb dgn tenaga kaum lelaki 7 org ni kete masih x dpt ditolak.Nasib baik ade bdk2 arab yg dtg tolong,siap ade polis lg pastu dtg(mgkin kbtln dia lalu kat situ)..




dgn berbekalkan seatbelt kete abg Pi,dpt jugak kete kesayangan kami diselamatkan dr tanah pasir tu..sblm tu guna serban bdk arab tu utk tunda/tarik kete..siap koyak lagi..
Kemudian.slps maghrib kami bertolak ke Madinah dan stay satu mlm kat sane.Kebetulan skrg musim ramai org dtg wat umrah so dpt hotel pun jauh ler skit dr masjid Nabawi.

Saturday 14 March 2009

Jalan ke Jedah..

Last weekend,kami sekeluarga ke Jedah.Sebenarnya dh lame kami plan nk ke Jedah,dr awal Januari lepas,masuk bln Mac baru dpt pegi..Padahal bukan jauh sgt,lg dekat dr Mekah tp sbb hal2 yg x dpt dielakkan so asyik tertangguh.Masa raya tahun lpas,dh pegi tp bnyk kedai tutup..Kire ni mcm first time la aku pegi..
Kami bertolak pagi Khamis n balik keesokkannyer..Kami stay kat apartment Al Manee Furnished Suites.Harga sr200 satu mlm.Kire ok la dgn biliknyer yg luas,ruang tamu dan dapur.So breakfast pg jumaat tu kami masak la maggie n telur.Kl tau ade dapur,bleh masak nasi goreng ke,nasi lemak ke...maklum la kat sini pagi2 mane ade bukak kedai.









Sebenarnya kami ke Jedah ni nk try masakan kat Asia Restaurant..ala2 mskn kat Malaysia la jugak.So bleh la lpskan rindu masakan kat kampung.Selera betul makan,kami order tomyam,ikan masak sweeet sour,sayur,telur dll.Sampaikan ade org tu sakit gigi pun bleh ilang..he2.









Lepas makan,round2 Jedah singgah ke IKEA.Kl kat Malaysia time gi KL,jadi ke wajib plak singgah IKEA.Bkn shopping sgt,just cuci mata.Ada la skit2 brg yg berkenan beli..


Ni dia topeng dinasour kat IKEA yg budak2 ni minat sgt nk beli n baju tido Ben10 kat kedai Topten.