Ari ni genap seminggu aku berada di hospital.Boring?Ntah la,dah x perasaan dh masa ni teringat nk balik umah je.Dan x tau sampai bile aku berada di sini.Harap2 secepat mungkin aku dpt balik..
Buat info kwn2 terutama di mesia yg masih tertanya2,aku duk spital ni coz placenta very low(menurut doktor)and bleeding.So dlm keterpaksaan kena jugak aku ikut arahan doktor berehat di spital,hu3..
Rasa sungguh menyeksakan apabila arahan doktor aku kena 'complete bedrest',langsung x leh turun dr katil.Nk ke toilet shj dibenarkan dan itupun kena pggl nurse tolak aku ngan wheelchair.Kdg2 rase mcm org patah kaki je,padahal fizikalnye aku amatlah sihat..
Dan setiap ari la jugak aku kena inject,ari ni dh 7x badan aku kena inject..
Layanan staf kat sini aku rasa sgt puashati termasuk cleaner2nyer sekali..sbb tu rase 7 ari kat sini mcm 7 ari gak,x lebih n x kurang..ok2 jer,he3.Makanan plak alhamdulillah walaupun x 100% memenuhi anak tekak tp boleh diterima apabila mknn arab bleh tukar ngan mknn filipina..
Kesian kat hubby n anak2 dah seminggu ibu x kat umah.Setiap mlm mmg mereka akan dtg melawat aku dr kul 6-8 mlm.Buat Za/Wan Azmi terima kasih bnyk2,jasa kalian menjaga anak2 kami x dpt kami balas,Allah jua yg membalasnya.Juga buat kawan2 yg dtg melawatku di spital dan yg mendoakan kesihatanku n baby,terima kasih yg x terhingga.
Sunday, 31 January 2010
Dugaan..
Posted by cik aa at 21:57 7 comments
Labels: aku
Friday, 18 December 2009
Selamat Hari Lahir Affi
.jpg)

Alhamdulillah,hari ni genap umur Affi 3 tahun.Lagi 3 bulan,insyaallah dah boleh panggil Abang Affi coz bulan Mac 2010 Affi akan dapat adik (satu family dh x sabar nk tggu saat ni..)
Harapan ibu dan abah moga Affi jadi anak yg soleh,berjaya di dunia & akhirat.Jangan nakal2 tau.Seronok je bila tgok gambar2 Affi masa kecik,comel & cute & tembam...dh beso ni dh kurus dah sket..ape2 pun janji affi sentiasa sihat..
p/s : Slmt hari lahir juga buat sepupu Affi(Muhammad Adam) yg berada di Dungun sama birthday ngan Afi.Semoga menjadi anak yg soleh..
Posted by cik aa at 10:41 6 comments
Labels: anak
Tuesday, 15 December 2009
Renungan bersama
6 pesanan khusus untuk wanita
1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal( kan ) solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
Posted by cik aa at 15:02 0 comments
Labels: tazkirah
Friday, 20 November 2009
Happy Birthday Nadzmin!!
Hari ini genap usia Nadzmin 5 tahun.Kebetulan plak ari ni ujung minggu,jd kami ambik kesempatan ni celebrate birthday Nadzmin kat Al-Baik(kalau kat mesia ala2 KFC ler,tp lg best tau..).Atas permintaan Nadzmin jugak kami ajak kawan sepermainan dia Azhim n Uwais utk memeriahkan acara(padahal x ade ape2 pun just mkn bdk2.) tp suke sesgt la bdk2 ni.Kebetulan plak time kami jemput Uwais kat umah ade sekali Sabrina,so murah rezeki Sabrina dpt join same2..tq buat K Anis,K Da & Za bg pinjam anak2 jap ptg td..
Buat Nadzmin,harapan ibu dan abah semoga menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia & akhirat..Kebetulan plak,esok adalah 1st day dia ke YIS (Yanbu International School).Dah lame dia tggu,kire ni pun hadiah utk birthday dia kali ni selain dr hadiah dr ibu,abah,azhim n uwais..
p/s : Selamat hari lahir juga buat Angah yg berada di Qatar,sama besday ngan Nadzmin.
Posted by cik aa at 21:11 9 comments
Labels: birthday
Sunday, 30 August 2009
Puasa kali ni...
Alhamdulillah ari ni dah sembilan hari umat islam menjalani ibadah puasa.Dan tahun ni merupakan kali ke-2 kami menyambutnya di perantauan bezanyer tahun ni selebihnya kami akan menyambung ibadah puasa di tanahair tercinta..secara jujurnyer aku rase kalau puasa lg seronok menyambutnyer disini tetapi hari raya jauh sekali,tidak meriah( itu pandangan peribadi aku ler.)
Tahun ni Nadzmin br mulai belajar berpuasa tetapi setakat ni sehari je yg penuh selebihnyer separuh ari je,sbb gi sekolah bawa bekal.Semua dlm kelas dia bawa bekal so kesian jugak dia sorang2 je x mkn..Ainna plak ini merupakan tahun kedua dia berpuasa.Makin ari nmpk segar je dia bila dh terbiasa kdg2 aku rase aku plak yg letih..
Kalau puasa tahun lepas boleh kata ari2 berbuka mesti wat kuih walaupun yg simple2 tp tahun ni seminggu kdg2 2,3 kali je wat kuih.Time berbuka dan bersahur pun mkn nasi x habis..tp tak kurus2 jugak...Ntah la,mungkin x mood atau hati dh berada kat Malaysia..
Posted by cik aa at 23:02 3 comments
Labels: posa
Saturday, 29 August 2009
Umrah Ramadhan 2009

Alhamdulillah dgn izinNya dpt kami sekeluarga menunaikan umrah bulan ramadhan sblm pulang malaysia 3 ari lagi..kami bertolak sekitar jam 2.30 pg,dan bersahur dlm perjlnn.So awal2 dah siapkan bekal yg simple2 ikan goreng dan ayam masak kicap.Berselera plak bersahur kat tepi jln kali ni,he2..lebih kurang 10 minit lg masuknye waktu subuh kami sampai di Juhfah utk menunaikan solat dan berniat umrah(miqat bg penduduk Yanbu)..
Lebih kurang pukul 7.30 pg kami sampai di Mekah.Kami menginap di Jawharat Hotel.Kemudian terus melakukan umrah dan saei.Anak2 kami tinggalkan di bilik hotel bertiga memandangkan cuaca panas dan kesian Ainna dan Nadzmin yg berpuasa..
Kami berbuka puasa di d'saji felda dgn nasi putih,lauk2 dan roti canai.
Pada mlmnyer kami sempat bersama2 melakukan solat sunat terawih di Masjidil Haram.
Sekali lagi pada esoknyer kami bersahur di tempat yg sama..
sebelum pulang jam 10 pg,kami melakukan tawaf widak bersama anak2..sampai pusingan ke 3 tawaf kami terpaksa bergilir2 memandangkan Affi dan Nadzmin dah tak larat..
Alhamdulillah sampai juga hajat kami menunaikan umrah ramadhan kali ini.


Posted by cik aa at 16:52 3 comments
Labels: umrah
Sunday, 16 August 2009
Lame x updated..
Lame betul tak updated blog,kl x silap kali ni paling lame.tp x sampai lg 2 bln.Sebenarnyer bukan ape kesibukan dan sedikit mslh kesihatan yg membuatkan aku tertangguh2 nk menaip ni..
Sepanjang sebulan ni,Nadzmin dh mulai sekolah di Al-Tawhed International School,minggu ni dh masuk minggu ke 4 kl x silap.Alhamdulillah walaupun ari2 kena pujuk nk ke sekolah sbb maybe x kwn satu negara nk jadi teman berborak..ekceli dia ni suke sekolah tp time pagi nk pegi tu je la problem sikit..
Ainna masih menganggur kat umah,ujung bln 8 ni br sekolah bukak.Ainna akan bersekolah di Yanbu International School insyaallah.Nampak gaye,x sempat Ainna sekolah sbb awal September dh nk balik mesia..Tambah lg cuti Ainna..skrg duk umah keje asyik makan je,badan pun dh naik.aku rase umur 12 tahun nt dh bleh share baju ngan Ainna ni..
Kelas Arab pun dh nk sampai penghujung sblm bercuti dan sambung semula slps raya.Tp aku minggu ni dh stop sementara sbb kureng sht.Insyaallah lps raya bertemu semula di kelas arab.
Sepanjang sebulan ni aku sempat gak la ke Mekah n Madinah..last week ke Mekah beli air zam2 utk bwk balik.Minggu ni pun insyaallah ke Mekah lg sbb kwn asben aku ade dtg wat umrah.Dan insyaallah juga next week,bln posa pun ke Mekah utk wat umrah di bulan posa.Moga2 Allah berikan kesihatan yg baik buatku sbb skrg aku dlm 'zon x brp sht'
Posted by cik aa at 20:07 9 comments
Labels: citer









